Gempa 6.1 magnitud gegar Colombia


Gempa di Colombia berlaku pada kedalaman 10 kilometer. – Gambar fail EPA, 25 November, 2018.

GEMPA bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan pantai Colombia awal hari ini, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa kuat itu berpusat di 32 kilometer di tenggara Mountain, Colombia.

Kerajaan Colombia berkata gegaran kuat dapat dirasakan kawasan di San Andres, Providencia, dan Santa Catalina.

Gempa itu diukur berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan, ada kemungkinan untuk tsunami membadai di sepanjang pantai berhampiran, kata agensi pemantau gempa bumi Eropah (EMSC) dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik. – AFP, 25 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen