Polis AS salah tembak mati suspek


Dalam kejadian tembakan itu, dua mangsa mengalami kecederaan apabila suspek melepaskan tembakan rambang di pusat beli belah Riverchase Galleria, Alabama, Amerika Syarikat. – Gambar AFP, 25 November, 2018.

SEORANG polis dipercayai tersilap menembak mati seorang individu dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli belah di Alabama, Amerika Syarikat semalam.

Dalam kejadian tembakan itu, dua mangsa mengalami kecederaan apabila suspek melepaskan tembakan rambang di pusat beli belah Riverchase Galleria.

Antara mangsa yang cedera termasuk seorang lelaki berusia 18 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Seorang anggota polis berpakaian preman kemudiannya menembak mati Emantic Fitzgerald Bradford, 21, ekoran tindakannya melarikan diri dari lokasi kejadian.

“Bukti baharu menunjukkan Bradford mungkin tidak terlibat dalam kejadian tembakan itu,” kata polis Hoover dalam satu kenyataan.

“Maklumat ini menunjukkan suspek sebenar masih lagi bebas dan bertanggungjawab atas insiden tersebut.”

Media AS turut menyiatkan gambar Bradford yang merupakan lelaki berkulit hitam. – AFP, 25 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen