PRESIDEN Donald Trump semalam mengumumkan pendatang yang memohon suaka politik di Amerika Syarikat (AS) melalui sempadan selatan negara itu perlu menunggu di Mexico sementara tuntutan mereka diproses.
Kenyataan itu sekali gus mengesahkan laporan mengenai satu perjanjian dua hala baharu yang dipersetujui antara kedua-dua negara.
“Pendatang di Sempadan Selatan tidak akan dibenarkan ke AS sehingga tuntutan mereka diluluskan secara individu di mahkamah.
“Anda semua perlu menunggu di Mexico,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi Twitter selepas The Washington Post melaporkan AS mencapai kesepakatan dengan kerajaan Mexico, yang akan menyaksikan satu perubahan besar dalam dasar persempadanan. – AFP, 25 November, 2018.
Komen