Iran gesa umat Islam bersatu menentang Amerika


Presiden Iran Hassan Rouhani menggesa umat Islam seluruh dunia termasuk Arab Saudi untuk bersatu menentang Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 25 November, 2018.

PRESIDEN Iran Hassan Rouhani menggesa umat Islam seluruh dunia untuk bersatu menentang Amerika Syarikat (AS) dan memberi jaminan kepada Arab Saudi yang mereka adalah “bersaudara” dan tidak perlu takut kepada Tehran.

Presiden AS Donald Trump menghentikan perjanjian nuklear 2015 antara kuasa-kuasa besar dan Tehran pada Mei, dan sejak itu mengenakan hukuman unilateral terhadap Iran.

“Apa yang AS mahukan dari Timur Tengah hari ini ialah penghambaan,” kata Rouhani pada persidangan perpaduan Islam di Tehran.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, sekutu kuat Trump yang mengkritik perjanjian 2015 itu menyelar rejim Iran. – AFP, 25 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen