KUMPULAN IS pada Sabtu mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan pengebom bunuh diri di sebuah pasar di Pakistan, menyebabkan kematian mencecah 33 orang.
Letupan berlaku di bazar Jumaat di Kalaya, sebuah pekan di kawasan yang didominasi Syiah di wilayah Orakzai.
Dalam satu kenyataan yang dmuat naik di laman berita Amak, IS mendakwa “57 pengikut Syiah terbunuh manakala 75 lagi cedera” dalam serangan itu.
Bagaimanapun, pegawai kanan di daerah Orakzai Khalid Iqbal memberitahu AFP, angka kematian adalah 33, meningkat daripada 31 orang pada Jumaat.
“Antara yang terbunuh adalah peniaga beragama Hindu,” tambahnya. – AFP, 24 November, 2018
Komen