Bekas ahli Parlimen Umno khianat adalah 'langau politik', kata Zahid 


Asila Jalil

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada pertemuan dengan Umno Wilayah Persekutuan di PWTC hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 24 November, 2018

AHLI Parlimen Umno yang meninggalkan parti dan menyertai parti lain tidak ubah seperti “langau politik”, kata presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, langau ini akan mencari sampah untuk mereka hurung.

“Ada sebab mengapa mereka berubah arah.  Pertama kerana kelakuan mereka tak ubah seperti langau politik.

“Mereka adalah langau politik yang pasti akan mencari najis dan sampah untuk hinggap,” katanya pada pada pertemuan dengan Umno Wilayah Persekutuan di PWTC hari ini.

Beliau juga berata mereka yang mengubah pendirian terhadap parti sebenarnya takut dengan penahanan yang sedang dihadapi pemimpin Umno.

Zahid sendiri berdepan 45 pertuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM114.15 juta.

“Orang lain diancam, orang lain disiasat, orang lain diheret ke mahkamah tetapi mereka yang takut.

“Ini betul-betul kelakuan ‘langau’, pengecut, tiada keberanian langsung,” kata Zahid.

Katanya, beliau akan menghadai perbicaraan terhadapnya kerana beliau bukan “langau penakut”.

Sementara itu, Zahud juga berkata Umno hanya bekerjasama dengan PAS berhubung beberapa isu.

Beliau juga menyifatkan parti Islam itu sebagai “kawan sebenar yang baru” Umno.

“Apa salahnya jika kami bekerjasama? Kami dengan tangan terbuka menerima keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan Umno dalam beberapa isu,” tambah Zahid. – 24 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen