Lagi wakil rakyat Upko keluar parti 


Jason Santos

Kuamut, Masiung Banah mengumumkan peletakan jawatan daripada Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).– Gambar The Malaysian Insight, 24 November, 2018

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Masiung Banah mengumumkan peletakan jawatan daripada Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

Beliau kini menjadi calon bebas yang mesra kerajaan negeri yang diterajui Warisan.

“Saya juga meletakkan jawatan saya sebagai naib presiden dan ketua bahagian Upko Kinabatangan.

“Sukar untuk bekerja sebagai satu pasukan apabila terdapat perbezaan besar dalam pimpinan parti,” katanya hari ini.

Masiung merupakan Adun Upko kedua meninggalkan arti itu selepas Adun Sook, Bobbey Suan.

Masiung berkata 95% pemimpin bahagian Kinabatangan meninggalkan parti, termasuk timbalan ketua pemuda dan ketua pergerakan parti Komulakam, Willy Frous Darinsok.

Masiung berkata, surat peletakan jawatannya akan dihantar ke pejabat Upko pada Isnin. – 24 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen