28 terbunuh dalam kemalangan bas di India 


SEKURANG-kurangnya 28 orang, kebanyakannya kanak-kanak lemas pada Sabtu selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dalam sebuah terusan di India yang disifatkan sebagai antara kemalangan terburuk di negara itu.  

Polis berkata, pihaknya mengeluarkan 28 mayat dari bas oersendirian itu selepas ia tergelincir dan terjunam ke dalam terusan berkenaan di wilayah Mandya, selatan negeri Karnataka. 

Pegawai polis di lokasi kejadian memberitahu AFP, kebanyakan mangsa merupakan kanak-kanak sekolah yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. 

“Kebanyakan dari 28 mangsa merupakan kanak-kanak,” kata pegawai AFP menerusi telefon. 

Polis negara itu bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah sebenar mangsa yang menaiki bas berkenaan atau punca kemalangan namun menyatakan pemandu bas berkenaan memandu laju. 

Menurut media tempatan kira-kira 35 orang menaiki bas berkenaan. – AFP, 24 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen