SEKURANG-KURANGNYA sembilan anggota perkhidmatan keselamatan terbunuh dalam serangan disyaki dilakukan kumpulan militan Islamic State (IS) di pekan Tazerbo, Libya pada Jumaat, kata seorang pegawai kanan keselamatan.
Sebelas orang lain termasuk orang awam dan ketua keselamatan juga “diculik” oleh anggota kumpulan ekstremis, yang menyerang sebuah balai polis di bandar itu, tambah pegawai berkenaan.
Wilayah padang pasir Tazerbo dikawal oleh tentera Khalifa Haftar, yang mengetuai Tentera Kebangsaan Libya (ANL).
Ibukota Tripoli adalah tempat pentadbiran pihak pesaing - pemerintahan disokong pihak antarabangsa yang diketuai oleh Fayez al-Sarraj.
Serangan itu, yang belum disahkan oleh mana-mana pihak, adalah yang kedua dalam masa kurang sebulan yang mensasarkan pasukan setia kepada Haftar.
Kejadian pertama, diakui IS sebagai pihak yang bertanggungjawab, membunuh sekurang-kurangnya lima orang pada Oktober di wilayah tengah Kufra.
Serangan lain pada Ogos yang juga diakui IS membunuh 11 orang termasuk sembilan anggota ANL.
Terbahagi oleh perebutan kuasa dan terjejas oleh keadaan tidak aman yang kronik, Libya menjadi perlindungan pihak pelampau sejak pemecatan dan pembunuhan Moamer Kadhafi pada 2011.
IS mengambil kesempatan daripada kekacauan untuk bertapak di bandar Sirte pada 2015 tetapi terpaksa setia kepada Kerajaan Kebangsaan (GNA) yang disokong oleh PBB, berjaya menguasai semula bandar ini pada Disember 2016 selepas lapan bulan pertempuran maut.
Sejak itu, beberapa orang pelampau kembali ke padang pasir dalam usaha untuk perkumpulan dan penyusunan semula.
Pada September, IS mendakwa bertanggungjawab atas serangan bunuh diri di ibu pejabat National Oil Company Libya (NOC) di tengah Tripoli yang mengorbankan dua mangsa dan 10 orang cedera.
Empat bulan sebelum itu, ia juga mendakwa serangan terhadap ibu pejabat suruhanjaya pilihan raya yang menyebabkan 14 orang mati. – AFP, 24 November, 2018.
Komen