Boko Haram serang pangkalan tentera, 70 askar maut


Boko Haram melancarkan pemberontakan pada 2009 yang membunuh kira-kira 20,000 orang dan mengusir hampir 2.6 juta penduduk, mewujudkan salah satu krisis kemanusiaan terbesar di dunia.– Gambar EPA, 23 November, 2018.

SERAMAI 70 askar terkorban selepas pemberontak Boko Haram menyerang sebuah pangkalan tentera di Borno, timur laut Nigeria pada Isnin, demikian kata seorang pegawai keselamatan kepada Xinhua, Jumaat.

Serangan maut itu dilakukan sekumpulan pemberontak dan menyasarkan pasukan Batalion Tentera Nigeria di kawasan Melete Borno. 

Kebanyakan tentera maut dalam insiden itu termasuk seorang leftenan kolonel yang ditembak bertalu-talu oleh pemberontak tanpa belas kasihan.

Beberapa anggota tentera juga hilang dan tidak dapat dikesan selepas serangan itu.

Angka korban dan maklumat terpeinci mengenai kejadian masih belum dapat dipastikan. 

Berdasarkan rakaman video jumlah korban adalah seramai 90 orang namun dinafikan pihak tentera. – Bernama, 23 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen