Isteri sarjana salahkan London berhubung hukuman penjara suami di UAE


Daniela Tejada menuduh London enggan mempertahankan suaminya Matthew Hedges, rakyat Britain kerana takut menjejaskan hubungan dengan Dubai. – Gambar AFP, 23 November, 2018.

ISTERI seorang ahli akademik Britain yang dijatuhi hukuman penjara seumur kerana mengintip di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menuduh London semalam enggan mempertahankan suaminya kerana takut menjejaskan hubungan dengan Dubai.

Hukuman penjara terhadap Matthew Hedges yang berusia 31 tahun pada Rabu mengejutkan Britain dan memberi tekanan politik terhadap Setiausaha Luar Negeri Jeremy Hunt.

Britain melihat UAE sebagai sekutu strategik di Timur Tengah yang dibekalkan dengan senjata.

Negara Teluk yang kaya minyak itu berkata semalam, Hedges masih boleh merayu keputusan itu.

“Kedua-dua pihak berharap untuk mencari penyelesaian yang baik bagi kes Matthew Hedges,” kata kementerian luar UAE.

Tetapi nampaknya percubaan Dubai untuk meredakan perselisihan itu datang hanya selepas skandal diplomatik luar biasa meletus di London.

Isteri Hedges, Daniela Tejada, memberikan wawancara panas kepada radio BBC ketika pulang daripada pendengaran mahkamah.

Beliau menuduh Pejabat Luar Negara mengutamakan kepentingannya berbanding warga Britain yang tidak bersalah.

“Saya mendapat gambaran mereka mendahulukan kepentingan mereka dengan UAE berbanding hak kebebasan dan warganya untuk perbicaraan yang adil, kebebasan,” kata Tejada.

“Mereka mengambil tindakan yang sangat berhati-hati berbanding pendirian tegas.”

Hedges ditahan di lapangan terbang Dubai pada 5 Mei ketika menyelidik dasar keselamatan asing dan dalaman UAE selepas revolusi Arab Spring 2011.

Hunt menjadi menteri luar negeri pada Julai tetapi hanya mula bercakap mengenai kes itu selepas keluarga Hedges mendedahkan kepada umum berita mengenai penangkapannya pada awal Oktober.

Sarjana itu dibebaskan dengan jaminan pada 29 Oktober dan para pegawai tertinggi British terperanjat dengan keputusan mahkamah pada Rabu.

Perdana Menteri Theresa May memberitahu sidang Parlimen beliau “sangat kecewa” dan mengarahkan Pejabat Luar Negeri untuk “terus memberi tekanan mengenai perkara ini kepada tahap tertinggi dengan UAE”. – AFP, 23 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen