Penjawat awam Tunisia lancar mogok terbesar 


Ribuan penjawat awam berhimpun pada demontrasi jalanan untuk menuntut kenaikan gaji di Tunisia.– Gambar EPA, 22 November, 2018

PENJAWAT awam Tunisia melancarkan mogok terbesar dalam tempoh lima tahun pada Khamis selepas kesatuan sekerja mereka gagal mendaoatkan kenaikan gaji dalam rundingan dengan kerajaan.

Ribuan orang berhimpun di luar bangunan parlimen, bagi menyahut gesaan Kesatuan Pekerja Awam Tunisia (UGTT) untuk mengadakan demonstrasi.

“Kamu telah musnahkan mereka, kamu menyebabkan mereka kebuluran,” kata setiausaha agung kesatuan itu Noureddine Taboubi.

“Kami tidak akan tunduk kepada pilihan liberal kamu, kami akan berkempen dan gerakkan semua sektor,” tambahnya.

UGTT menuntut kenaikan gaji 673,000 penjawat awam di negara itu selepas kerajaan gagal meletakkan kenaikan gaji dalam bajet negara. – AFP, 22 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen