Putrajaya ada kewajipan untuk tandatangan ICERD, kata kumpulan sivil


Noel Achariam

Pengerusi Suhakam Razali Ismail berkata perdana menteri perlu adakan dialog dengan masyarakat berhubung isu ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2018

SEBAGAI sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, Putrajaya mempunyai kewajipan untuk menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata kumpulan masyarakat sivil. 

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Razali Ismail berkata, pihaknya menyokong penuh ICERD dan akan menggesa kerajaan untuk menandatanganinya. 

“Ini bukan kali pertama kerajaan teragak-agak mengenai perkara ini atau isu lain. 

“Kami faham terdapat banyak pemimpin dalam kerajaan yang mahu ia (ICERD) dikeluarkan. 

“Tetapi akhirnya kita akan tandatanganinya,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata ICERD merupakan agenda freemason untuk merosakkan agama, bangsa dan Malaysia. 

Beliau menggesa rakyat Malaysia untuk bersatu dan menentang perjanjian anti-diskriminasi dan berkata konsepnya yang sebenar tidak beragama dan berkemanusiaan.

Dilaporkan 55 daripada 57 buah negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah meratifikasikan ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. 

Razali berkata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu adakan dialog dengan masyarakat berhubung isu ini. 

“Kita adalah masyarakat berbilang kaum dan kita faham kewajipan ke arah menandatanganinya. 

“Sebagai masyarakat berbilang kaum, kita tidak boleh dilihat menyokong diskriminasi kaum.

“Kita perlu tunjukkan pemahaman apa itu ICERD sebenarnya,” katanya.

Penasihat Lawyers for Liberty N. Surendran berkata kerajaan perlu berani dan menunjukkan kepimpinan moral berhubung isu ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2018

Penasihat Lawyers for Liberty N. Surendran berkata kerajaan tidak boleh membelakangi ICERD. 

Dr Mahathir telah melakukannya di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan 3/4 negara sudah meratifikasikannya termasuk negara OIC. 

“Malah Israel turut meratifikasikannya. Sekiranya kita tidak boleh ratifikasi anti-rasisme di mana moral kita di pentas dunia untuk mengkritik tekanan Israel terhadap rakyat Palestin?”

Surendran berkata kerajaan perlu berani dan menyediakan kepimpinan moral. 

“Mereka tidak boleh menyerah kepada hujah salah yang dibuat oleh Umno, PAS dan kumpulan berhaluan kanan. 

“Apa-apa kebimbangan berhubung Perkara 153 boleh ditangani dengan membuat penangguhan,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau mempersoalkan pendirian Hadi mengenai ICERD apabila konvensyen itu sudah diratifikasikan oleh negara yang mewakili 99% daripada 1.9 bilion umat Islam di dunia termasuk negara seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Mesir, Yaman, Oman, Qatar, UAE, Algeria, Pakistan, Turki, Tunisia, Maghribi, Indonesia dan Bangladesh. 

“Adakah terdapat cadangan bahawa 99% daripada 1.9 bilion umat Islam di dunia, yang tinggal di 55 daripada 57 negara OIC, telah disesatkan dan tidak seperti orang Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Hadi?

“Jika pengesahan ICERD bermaksud mengutuk umat Islam untuk kehidupan yang tidak adil dan menindas, bolehkah Hadi menjelaskan mengapa 48 dari 50 negara di mana umat Islam membentuk majoriti penduduk telah mengesahkan ICERD?”

Bekas sekretariat Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) Dr Denison Jayasooria berkata langkah terbaik adalah kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas atau jawatankuasa pemilihan parlimen.

“Ia perlu ada wakil dari kerajaan, parti politik, ahli akademik, masyarakat sivil dan sektor swasta untuk mengkaji semula isu dan menyediakan ruang untuk semua pandangan didengar. 

“Mereka mungkin masih belum menerima maklum balas dari negara berbeza serta PBB untuk pandangan pakar. 

“Namun kerajaan perlu berjanji untuk menerbitkan laporan. Perlu ada jaminan awam yang semua pandangan akan didengar dan diambil serius.” – 22 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Negara lain tegas dgn perlembagaannya..mana ada negara yg angkat bangsa luar di dlm negaranya..tambah2 pendatang..Msia satu2nya... Eh barua betul lah pndatang asing ni melebih2 pulak nak ratah bumi melayu ni

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Luqman Hakim · Ulasan