ANAK perempuan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Ivanka, mungkin menghadiri majlis perkahwinan keluarga seorang ahli perniagaan India di negeri Rajasthan yang terletak di bahagian barat minggu ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan pada Khamis.
Meskipun tidak disahkan secara rasmi oleh kedutaan AS di New Delhi, Ivanka dijangka terbang ke India minggu ini bersama-sama suaminya, Jared Kushner, untuk menghadiri majlis perkahwinan itu dari 22 hingga 25 November di bandar Jaisalmer.
Menurut sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris, ‘The Times of India’, sepasukan pegawai 50 anggota dari kedutaan AS di New Delhi telah melawat lokasi majlis perkahwinan itu.
Ini akan menjadi lawatan kedua Ivanka ke India. – Bernama, 22 November, 2018
Komen