KUMPULAN yang terdiri daripada tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Bumiputera Sabah dijangka bersama menyertai protes terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) selepas solat Jumaat esok.
Ahli Umno, Parti Solidariti Tanah Airku, PAS, Parti Bersatu Rakyat Sabah, Gabungan Mahasiswa Se-Islam Malaysia (Gamis) dan dua lagi NGO akan berkumpul di Masjid Negeri di Sembulan sekitar jam 1.30 petang.
Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain berkata kira-kira 700 orang dijangka hadir dan menggesa kerajaan agar tidak meratifikasikan konvensyen itu.
“Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai perhimpunan yang dirancang pada esok.
“Kita tidak harus meneruskannya tetapi ini adalah peruntukan asas yang dipersetujui oleh semua orang semasa pembentukan Malaysia.
“Ia termaktub dalam Perlembagaan persekutuan (Perkara 153) dan negeri kita (bahagian V: Perkara 41),” katanya.
Perkara 153 menyatakan, “Ia menjadi tanggungjawab Yang di-Pertua Negeri untuk melindungi kedudukan khas Orang Asal” dan kepentingan sah masyarakat lain mengikut peruntukan Perkara ini.”
NGO percaya jika Malaysia meratifikasikan ICERD hak Bumiputera mereka akan dimansuhkan.
Ini bermakna tiada lagi hak tanah kaum asal, kuota perkhidmatan awam, peruntukan biasiswa Bumiputera dan bantuan ekonomi khas.
Negara akan menjadi seperti Singapura di mana kaum Bumiputera dipinggirkan manakala kaum lain akan mengawal ekonomi dan politik.
Pada 16 November, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy berkata satu siri penglibatan awam untuk mendapatkan pandangan mengenai ICERD akan diadakan pada Januari tahun depan.
Maklum balas daripada penglibatan akan dikemukakan kepada kerajaan untuk membuat keputusan.
Tetapi sebelum Putrajaya berbuat demikian, langkah itu sudah pun ditolak pembangkang terutama daripada Umno dan PAS, yang khuatir hak mereka akan dimansuhkan sekiranya Malaysia meratifikasi konvensyen itu. – 22 November, 2018.
Komen