BINTANG Ivory Coast dan Chelsea Didier Drogba mengumumkan persaraannya semalam selepas bermain selama 20 tahun.
Pemain berusia 40 tahun itu menjaringkan 164 gol sepanjang 381 penampilan untuk Chelsea, menang empat kejuaraan Liga Perdana, empat Piala FA dan Liga Juara 2012, dan pada masa yang sama adalah penjaring terbanyak Ivory Coast sebanyak 65 gol.
Pasukan terakhir Drogba ialah Phoenix Rising dalam Liga AS.
“Saya mahu berterima kasih kepada semua pemain, pengurus, pasukan dan peminat yang saya temui dan menjadikan kembara bola sepak saya istimewa,” tulisnya di Twitter.
“Jika ada sesiapa beritahu anda impian anda terlalu besar, hanya ucap terima kasih dan bekerja keras dan bijak menjadikannya realiti.”
Drogba bermain untuk kelab bola sepak di enam buah negara, kebanyakan kejayaannya di Perancis dan England.
Beliau menang Kasut Emas Liga Perdana 2006-07 dan 2009-10, menjadi pemain terbaik England sebanyak 104 kali, dan juga menjaringkan gol kejayaan apabila Chelsea mengalahkan Bayern Munich pada sesi penalti di Liga Juara enam tahun lalu.
Perlawanan Drogba adalah bersama Phoenix yang kalah 1-0 kepada Louisville City di perlawanan akhir Piala USL pada 8 November lepas. – AFP, 22 November, 2018.
Komen