TENTERA AS akan mewujudkan pos pemerhati di utara Syria bersempadan dengan Turki untuk membantu meminimumkan ketegangan antara puak Turks dan Kurdish yang merupakan sekutu AS dalam perjuangan menentang Kumpulan Islam (IS), kata Setiausaha Pertahanan Jim Mattis semalam.
“Kami akan meletakkan pos pemerhati di beberapa lokasi di sepanjang sempadan utara Syria,” katanya kepada wartawan.
Beliau menambah yang matlamat adalah untuk memastikan Pasukan Demokratik Rakyat Syria (SDF) termasuklah militia Syria Kurdish YPG “tidak bergerak jauh daripada pertempuran” supaya “kita boleh menghancurkan saki baki khalifah (IS) di kawasan itu.”
“Mereka akan ditandai siang dan malam supaya pihak Turki tahu mereka berada di mana,” tambahnya menegaskan yang tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Turki.
SDF pada 11 November lalu mengumumkan akan meneruskan serangan ke atas IS selepas menangguhkannya kerana ketegangan dengan Turki yang mengepungnya di utara Syria.
Keganasan itu menyebabkan AS yang merupakan sekutu utama SDF malu, sementara Turki adalah ahli Nato dan sekutu strategiknya.
Minoriti Kurdish yang sudah lama ditindas Syriia mewujudkan kawasan separa autonomi di utara negara itu yang dilanda konflik sejak 2011.
Turki enggan mengiktiraf kawasan di sempadanannya, bimbang mengalakkan cita-cita puak pemisah Kurdish di negaranya.
Ankara melaksanakan dua operasi ketenteraan terhadap pasukan tentera Kurdish sejak 2016, yang terbaru di kawasan sempadan Afrin yang dirampas Mac lalu dan kini dikawal pemberontak Syria pro Turki. – AFP, 22 November, 2018.
Komen