POLIS Perak akan memanggil ahli Umno Tapah untuk memudahkan siasatan berikutan ancaman yang dibuat oleh sebuah kumpulan terhadap setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.
Ketua Polis Daerah Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail berkata lelaki itu akan memanggil ahli Umno itu untuk mengambil keterangan daripada mereka.
“Kami terima laporan yang setiausaha politik beliau dan kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan.
“Setakat ini kami masih belum membuat sebarang tangkapan tetapi kami akan memanggil individu itu untuk mengambil kenyataan mereka,” kata Wan Azharuddin ketika dihubungi.
Penolong P. Waytha Moorthy, P. Muniandy membuat laporan polis terhadap ancaman yang diterimanya di balai polis Jalan Travers malam tadi.
Salah seorang anggota Umno, yang memperkenalkan diri sebagai Syed Afzarizal Syed Salim, menyekat Muniandy pada hari Isnin di pintu depan SK Datuk Kelana di Tapah selepas mereka menghadiri sebuah program di sana.
“Saya hendak meninggalkan sekolah ketika lelaki Umno itu menghentikan kereta saya. Saya perlu pergi ke program lain tetapi dia tidak membenarkan kereta saya keluar dari sekolah.
“Dia berteriak dan mengarahakan saya untuk keluar dari kereta dan meminta untuk saya tidak takut. Dia kemudian berkata mahu memberi memorandum kepada Waytha Moorthy,” katanya lagi.
Muniandy berkata sebaik sahaja beliau keluar dari kereta, lelaki itu memberi amaran kepadanya agar tidak bercakap mengenai hak-hak Melayu dan Islam.
Menurut Muniandy, Syed Afzarizal Syed Salim juga bercakap tentang rusuhan kaum 13 Mei.
“Dia menjerit dan meminta saya tidak bercakap tentang hak Islam dan Melayu. Dia kemudian mengeluarkan amaran, mengatakan bahawa tidak perlu kejadian 13 Mei berlaku sekali lagi.”
Lelaki itu merujuk kepada rancangan Malaysia untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Waytha Moorthy adalah menteri yang bertanggungjawab terhadap rancangan Putrajaya bagi mengesahkan ICERD yang mendapat bantahan Umno dan PAS. – 21 November, 2018.
Komen