SEEKOR paus sperma ditemukan mati di Indonesia dan sebanyak 115 cawan plastik dan 25 beg plastik ditemui dalam perutnya.
Ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis alam sekitar dan membangkitkan isu sampah di negara itu.
Cawan dan beg plastik itu adalah sebahagian daripada 6kg sampah dalam bangkai paus sepanjang 9.5 meter yang ditemui terdampar di Taman Negara Wakatobi di Tenggara Sulawesi pada Isnin.
Kumpulan WWF Indonesia berkata selain cawan dan beg plastik, kakitangannya juga menemui empat botol plastik dan 3.26 kg tali rafia.
Punca sebenar kematian paus itu masih belum dapat dipastikan tetapi terdapat tanda-tanda ia disebabkan sisa plastik, kata penyelaras pemulihraan hidupan marin WWF Indonesia, Dwi Suprapti. – AFP, 21 November, 2018.
Komen