PEGUAM Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas cubaan untuk menarik balik dua anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berhubung skandal forex Bank Negara ditolak.
Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr Mahathir berkata rayuan itu difailkan petang ini dan usul akan difailkan kemudian di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
“Kami telah mengadakan pertemuan dengan pegawai khas mahkamah rayuan untuk mendapatkan persetujuan sama ada sebab yang diberikan akan didengar di mahkamah.
“Kami diberitahu usul itu akan didengar esok,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Dua ahli terbabit adalah pengerusi RCI Mohd Sidek Hassan dan ahli Saw Choo Boon, yang enggan menarik diri daripada siasatan kerugian tukaran asing Bank Negara.
Terdahulu, Hanif berkata hakim menyatakan ahli RCI tidak mempunyai kuasa untuk menarik diri atau tidak menarik diri mereka sendiri.
Hakim juga berkata tiada alasan munasabah untuk mahkamah membatalkan lantikan pengerusi dan ahli RCI.
Haniff berkata RCI akan menyambung pendengaran pada 21 Ogos melainkan pasukan peguamnya membuat rayuan keputusan Mahkamah Tinggi.
“Kami diarahkan Dr Mahathir untuk memfailkan rayuan dan mendapat pengesahan hari ini.”
Haniff berkata rayuan itu akan turut didengar pihak lain iaitu bersama dengan pihak Peguam Negara.
“Kami cuba sebaik mungkin untuk melihat sama ada boleh meyakinkan mahkamah, adalah penting untuk mengekalkan usul untuk RCI agar rayuan boleh didengar.
“Sekiranya RCI membenarkan pelanggaran undang-undang asalnya dan ia dibenarkan mahkamah rayuan, maka ia hanya akan membuang masa mereka yang terlibat dengan prosiding dan saksi tidak perlu dipanggil untuk memberikan bukti.”
Mahkamah minggu lalu menolak permohonan Dr Mahathir untuk menggugurkan dua ahli RCI.
Dr Mahathir membuat bantahan itu kerana mereka juga sebahagian daripada pasukan khas untuk menyiasat kes dan mencadangkan RCI ditubuhkan.
Haniff berkata ahli daripada badan yang mengesyorkan tidak boleh menjadi ahli RCI yang membuat keputusan untuk kes itu.
Katanya komposisi RCI adalah penting dan sebarang itu perlu diselesaikan bagi memastikan pendengaran yang adil.
Turut berada dalam RCI adalah hakim Mahkamah Tinggi Kamaludin Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Tajuddin Atan, ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan dan pengarah bahagian pelaburan strategik kementerian kewangan Yusof Ismail. – 17 Ogos, 2017.
Komen