PROF Dr Sundra Rajoo ditahan hari ini, dua hari selepas pejabatnya di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Malaysia diserbu oleh pihak berkuasa.
Sumber SPRM memberitahu The Malaysian Insight ia akan memohon perintah reman terhadap pengarah AIAC itu hari ini.
“Kami akan mohon perintah reman hari ini,” kata sumber SPRM itu.
Beliau ditahan pada jam 10.30 malam tadi di ibu pejabat SPRM selepas hadir secara sukarela.
The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan beliau ditahan ketika mahu berangkat ke luar negara hari ini.
Epmbetulan ke atas artikel sduah dibetulkan dan The Malaysian Insight menyesali atas kesilapan tersebut.
Sundra jadi tumpuan selepas SPRM menyerbu pejabatnya dan menyoal siasat beberapa kakitangannya berhubung dakwaan beliau menggunakan dana dari kerajaan untuk AIAC, sebagai habuan daripada menteri pentadbiran lepas dan sekarang supaya kontrak perkhidmatannya dilanjutkan.
Difahamkan, siasatan itu bermula dengan surat tanpa nama yang ditujukan kepada SPRM menganduni perincian kesalahan yang dijalankan oleh Sundra.
Surat itu dibawa kepada Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Polis Negara Fuzi Harun, Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah, Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese dan pegawai kanan kerajaan yang lain. – 21 November, 2018.
Komen