Turki gesa hukuman terhadap dalang pembunuhan Khashoggi


Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu (kiri) selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo di Washington. – Gambar EPA, 21 November, 2018

MENTERI luar Turki pada Selasa menggesa untuk tindakan diambi terhadap sesiapa sahaja yang mengarahkan pembunuhan wartawan Arab Saudi Jamal Khashoggi—yang mana tuduhan menjurus kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai dalang pembunuhan itu. 

“Sesiapa sahaja yang memberi arahan perlu bertanggungjawab. Sesiapa sahaja yang melakukan jenayah ini perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata Mevlut Cavusoglu selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo di Washington. 

Menurutnya, Ankara “menyasarkan” untuk memburu siapa yang menjadi dalang di sebalik pembunuhan itu, selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata dalang pembunuhan itu mungkin dikenali, dan berikrar akan bersama sekutu Arab Saudi. – AFP, 21 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen