PBB sedia ruang rundingan damai Yaman ketika peperangan memuncak 


Wakil PBB Martin Griffith sedia untuk mengadakan pertemuan dengan wakil pemberontak Huthi dan pihak kerajaan Yaman bagi mengatur rundingan damai yang dijangka akan diadakan di Stockholm, Sweden.– Gambar EPA, 21 November, 2018

WAKIL Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Martin Griffith pada Selasa sedia untuk ke Yaman bagi menetapkan rundingan damai di Sweden, selepas pertempuran terbaru berlaku di bandar Hodeida. 

Griffith yang sebelum ini pernah cuba mengadakan rundingan damai pada September namun gagal, cuba sekali lagi mendapatkan persetujuan daripada pemimpin pemberntak Huthi dan pihak kerajaan yang disokong Arab Saudi untuk ke meja rundingan hujung tahun ini.

Beliau dijangka akan mengadakan pertemuan dengan wakil pemberontak Huthi di Sanaa pada Rabu. 

Kedua-dua pihak sejak beberapa minggu lalu menyatakan sokongan kepada wakil berkenaan dan misinya untuk mengadakan rundingan di Stockholm, namun pertempuran berlaku di bandar pelabuhan Hodeida pada Selasa. 

Pertempuran itu merupakan susulan daripada serangan pada Isnin yang disifatkan oleh pegawai kanan tentera kerajaan negara itu sebagai yang terburuk yang mana pemberontak menyeranng menggunakan artileri. 

Pasukan pro-kerajaan terpaksa bertindak balas, dibantu dengan serangan udara pesawat pejuang pakatan yang diketuai Arab Saudi, yang melancarkan beberapa siri serangan, kata sumber.

Menurut media pemberntak Huthi, pertempuran pada Isnin berlarutan selama empat jam dan menyebabkan banyak kematian. 

Selepas keadaan reda seketika pada Selasa, pertempuran tercetus kembali pada tengah malam di bahagian selatan dan timur bandar itu, menurut koresponden AFP dan penduduk. 

Beberapa jam sebelum rancangan lawatan Griffith, penduduk di timur Hodeida memberitahu AFP menerusi panggilan telefon, mereka boleh mendengar bunyi tembakan dan melaporkan serpihan peluru turut jatuh di kawasan penempatan awam. – AFP, 21 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen