PELAKON Bollywood, Preity Zinta memohon maaf pada hari ini atas komennya mengenai pergerakan #MeToo India yang mencetuskan perdebatan media sosial.
Zinta dituduh memperkecilkan mangsa selepas mengatakan beliau berharap dirinya menghadapi gangguan seksual.
“Sebab saya mengatakan ‘Saya ingin sesuatu seperti ini berlaku kepada saya’ dalam industri filem dengan senyuman kerana saya akan bertindak balas dan menampar orang itu,” katanya menjelaskan perkara tersebut.
Zinta berkata dirinya adalah “penyokong besar pergerakan itu” dan mendakwa bahawa komen beliau itu diungkapkan dalam temu bual dengan laman hiburan Bollywood Hungama, yang menurutnya telah dipetik di luar konteksnya.
Bintang berusia 43 tahun yang terkenal dengan filem “Koi Mil Gaya” menambah bahawa beliau sendiri pernah menjadi mangsa salah laku seksual.
“Kepada semua wanita di luar sana, saya minta maaf jika saya sengaja menyakiti sentimen terhadap gerakan #MeToo” katanya.
Pergerakan #MeToo di India telah menyaksikan kaum wanita berkongsi mengenai gangguan beberapa individu yang berkuasa di dunia Bollywood, perniagaan, kewartawanan, politik, komedi dan juga kriket sejak ia tersebar pada akhir September. – AFP, 20 November, 2018.
Komen