R. Ramesh terpaksa berdepan dengan anaknya yang trauma sejak diserang oleh seorang guru di sekolahnya yang terletak di Shah Alam.
Pemandu lori itu berkata anaknya Nivedha Nancy Ann tidak pergi ke sekolah sejak dua tahun lalu.
“Dua tahun dia tidak pergi ke sekolah, selepas kejadian itu dia tidak mahu pergi ke sekolah lagi.”
“Dia masih trauma, kini sekolahnya adalah kelas tuisyen yang dia masuk. Tahun ini dia akan duduki peperiksaan tahun tiga sebagai calon persendirian,” kata pemandu lori berusia 48 tahun itu.
Pada bulan Mei 2016, Nivedha ditampar sebanyak dua kali oleh Azmani Akhbar sebelum kanak-kanak perempuan itu dipukul dengan kasut sekolahnya oleh guru tersebut.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang sewaktu Nivedha sedang sedia masuk ke dewan peperiksaan.
Nivedha mengalami “kecederaan tisu lembut” dan pendarahan di telinga akibat serangan tersebut.
Mahkamah mengarahkan ganti rugi RM40,000 kepada beliau dan ganti rugi teladan sebanyak RM3,000 ganti rugi am, dan sejumlah RM203 bagi ganti rugi khas.
Ramesh mengaku bahawa beliau tidak akan membuat laporan polis jika kecederaan itu tidak serius.
Beliau berkata bahawa guru boleh menggunakan kuasa minimum untuk mengajar anak perempuannya.
“Saya tidak keberatan jika dia mahu mengajarnya, tetapi bukannya guna kasut dan menamparnya sehingga dua kali mengakibatkan telinganya berdarah.”
“Itu bukan cara mengajar pelajar, ia adalah cara yang tidak betul,” katanya.
Ramesh berharap kes anaknya akan menjadi yang terakhir berlaku kepada mana-mana pelajar.
“Saya gembira, keluarga saya gembira kerana kami memenangi kes itu, apa yang kami mahu adalah keadilan, tetapi perkara yang paling penting ialah kami tidak mahu kejadian seperti ini berlaku kepada orang lain.”
“Kami harap (apa yang berlaku) ini akan menjadi pembuka mata kepada semua pihak,” katanya– 20 November, 2018.
Komen