LEBIH 10,000 orang menandatangani petisyen dalam talian untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy mengekalkan jawatan menterinya.
Petisyen dalam talian yang dimulakan oleh Maruthai Mani telah mengumpul 10,508 tandatangan pada 5.45 petang hari ini, dan dibuat selepas petisyen sebelum ini menyeru pemecatan menteri itu berhubung desakannya untuk Malaysia meratifikasikan pakatan PBB untuk menamatkan diskriminasi kaum.
Namun, petisyen yang mahukan sebaliknya telah mengumpulkan lebih daripada 100,000 tandatangan.
Maruthai berkata, sebab petisyen itu dibuat adalah untuk membantu Waytha Moorthy meneruskan khidmatnya kepada negara dan melindunginya daripada fitnah.
Waytha Moorthy yang memegang portfolio perpaduan dan kesejahteraan sosial, mengetuai bagi Malaysia untuk menandatangani Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Masyarakat Melayu dan Islam secara umumnya membantah konvensyen berkenaan kerana bimbang ia akan menghakis Perkara 153 perlembagaan persekutuan yang menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia di Sabah dan Sarawak, yang diiktiraf sebagai Bumiputera.
Terdahulu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Nizham Hamidi berkata, tindakan Waytha Moorthy yang mahu Malaysia meratifikasikan ICERD hanya untuk membawa agenda Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).
“Waytha Moorthy merupakan aktivis sebelum ini. Kamu boleh lihat setiap pendekatan yang beliau buat sebaik sahaja menjadi perdana menteri adalah sasaran kepada agenda ini,” kata Nizham hari ini selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung satu wawancara yang dibuat pada 2011.
Waytha Moorthy pada sesi wawancara dengan stesen televisyen Belanda mendakwa penganut Hindu dan masyarakat India didiskriminasi oleh kerajaan Barisan Nasional ketika itu.
Penandatangan petisyen itu berkata, mereka memerlukan seorang lelaki seperti Waytha dalam kerajaan untuk berjuang demi keadilan.
Selva Kumari Gunaratnam berkata Waytha Moorthy mengambil risiko yang besar untuk masyarakat India di Malaysia. Beliau menghadapi pengasingan selama kira-kira lima 5 tahun di luar negara dan dia bangga dengannya jadi mengapa tidak mengekalkan jawatan itu.
Prabakaran Rajah Thiagarajah berkata kita memerlukan pemimpin yang telus yang menembusi tembok sempadan perkauman, agama dan mengiktiraf masyarakat berbilang etnik
Sean Lim berkata bahawa apa yang kita perlukan adalah sebuah negara yang tidak menekankan pada satu bangsa, tetapi semua rakyat negara ini. Seperti apa yang dilakukan Singapura dan bagaimana mereka bileh hidup dalam suasana harmoni. – 20 November, 2018
Komen