MAHKAMAH Sesyen Shah Alam memerintahkan bayaran ganti rugi RM43,000 kepada seorang pelajar perempuan atas kecederaan yang ditanggungnya selepas ditampar dan dipukul oleh seorang guru dua tahun lalu.
Hakim Noor Ruzilawati Mohd Noor mendapati guru terbabit dan pihak sekolah bertanggungjawab atas serangan terhadap R. Nivedha Nancy Ann, 15.
Nivedha membuat laporan polis terhadap guru terbabit menerusi bapanya R. Ramesh pada 2016 dan seterusnya memulakan kes sivil.
Dalam penghakiman semalam, hakim membenarkan ganti rugi RM40,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan, ganti rugi am sebanyak RM3,000 dan ganti rugi khas sebanyak RM203.
Peguamnya V. Satchitanandan turut menerima RM17,000 kos.
Pada Mei 2016, Nivedha ditampar dua kali oleh Azmani Akhbar sebelum dipukul dengan kasut sekolahnya sendiri oleh guru terbabit.
Insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika Nivedha menduduki peperiksaan.
Nivedha mengalami kecederaan dan pendarahan di telinga kerana serangan itu.
Doktor di Hospital Serdang mengesahkan kecederaan berkenaan.
Bagaimanapun, Azmani dibebaskan oleh mahkamah majistret tahun lepas kerana serangan itu.
Pendakwa telah memfailkan rayuan di mahkamah tinggi. – 20 November, 2018
Komen