PEMAIN ragbi Australia yang berprofil tinggi, Jarryd Hayne didakwa hari ini atas kesalahan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita pada malam pertandingan akhir, dalam insiden terkini untuk menjejaskan reputasi sukan itu.
Hayne, 30, didakwa melakukan serangan itu dan menyebabkan kecederaan pada seorang mangsa berusia 26 tahun yang dikenalinya menerusi media sosial.
Polis daerah New South Wales tidak menamakan Hayne dalam satu kenyataan, tetapi beliau disebut dalam media Australia dan laman web Liga Ragbi Nasional.
Beliau ditahan pada petang Isnin dan didakwa awal pagi ini.
Hayne dibenarkan ikat jamin bersyarat, di mana dilaporkan beliau dilarang menghubungi wanita itu sebelum prosiding mahkamah pada 10 Disember. – AFP, 20 November, 2018.
Komen