SEORANG lelaki melakukan tembakan rambang di sebuah hospital di Chicago, kata polis, menambah laporan menyatakan beberapa mangsa termasuk seorang pegawai polis cedera dan dalam keadaan kritikal.
“Laporan tembakan di Michigan berhampiran Hospital Mercy,” kata jurucakap Polis Chicago Anthony Guglielmi menerusi Twitter.
Sekurang-kurangnya seorang disyaki penembak itu mati selepas ditembak di hospital berkenaan, di bandar ketiga terbesar Amerika Syarikat.
Rakaman televisyen menunjukkan orang ramai berlari keluar dari hospital itu menuju ke tempat letak kereta. Pesakit berkata mereka mendengar bunyi tembakan di luar hospital.
Seorang saksi berkata beliau dan isterinya sedang menunggu keputusan ujian perubatan ketika ternampak seorang penembak berpakaian serba hitam sedang menembak seseorang beberapa kali di tempat letak kereta. – AFP, 20 November, 2018.
Komen