TIGA lelaki ditahan awal pagi ini kerana didakwa merancang melakukan serangan keganasan di Melbourne, kurang dua minggu selepas insiden tikaman menyebabkan dua maut di bandar kedua terbesar Australia itu, kata polis.
Ketiga-tiganya warga Australia berketurunan Turki, ditahan dalam satu serbuan ketika mereka sedang mempercepatkan persiapan untuk menyerang di kawasan sesak Melbourne.
Semua yang ditahan itu mendapat inspirasi daripada IS, tetapi tidak diketahui sama ada mereka ada kaitan dengan mana-mana organisasi, kata Ketua Pesuruhjaya Graham Ashton.
Semua suspek yang tidak dinamakan itu disiasat sejak Mac tetapi semakin aktif sejak kejadian serangan tikaman di Melbourne pada 9 November, katanya.
Dalam serangan itu, warga Australia berketurunan Somalia Hassan Khalif Shire Ali, menikam dan membunuh seorang lelaki dan mencederakan dua yang lain di kawasan beli-belah sebelum ditembak mati oleh polis.
Tiga lelaki yang ditahan berumur 30, 26 dan 21 dan akan didakwa di mahkamah Melbourne hari ini. – AFP, 20 November, 2018.
Komen