2 mati, 4 hilang dalam runtuhan kuari di Portugal


Dua terbunuh semalam dan empat lagi dilaporkan hilang dalam tanah runtuh yang menyebabkan runtuhan di kuari marmar di tenggara Portugal, kata perkhidmatan kecemasan. – Gambar fail Facebook, 20 November, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA dua terbunuh semalam dan empat lagi dilaporkan hilang dalam tanah runtuh yang menyebabkan runtuhan di kuari marmar di tenggara Portugal, kata perkhidmatan kecemasan.

“Dua mangsa ialah pekerja kuari,” kata jurucakap perlindungan sivil Jose Ribeiro berhubung nahas di wilayah Borba, yang terkenal dengan kuari marmar.

Empat lagi yang dilaporkan hilang ialah pemandu dan penumpang dua kereta yang sedang menggunakan jalan yang runtuh di kedalaman 50 kaki. – AFP, 20 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen