Gascoigne didakwa melakukan serangan seks


Paul Gascoigne dilaporkan mempunyai masalah alkohol sejak persaraannya pada tahun 2004. – Gambar AFP, 19 November, 2018.

BEKAS pemain bola sepak Britain, Paul Gascoigne didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di dalam kereta api, kata Polis Pengangkutan Britain hari ini.

Gascoigne, 51, didakwa dengan satu pertuduhan “serangan seksual secara sentuhan”, kata jurucakap pasukan itu.

Pemain berusia 51 tahun itu ditahan di stesen Durham di timur laut Britain pada 20 Ogos dan dijangka hadir di mahkamah majistret pada 11 Disember.

Bekas pemain Tottenham dan Lazio itu dianggap sebagai pemain tengah Britain paling berbakat bagi generasinya, beliau memenangi 57 perlawanan sepanjang kariernya. 

Bagaimanpun beliau bergelut dengan masalah alkohol sejak bersara pada tahun 2004. – AFP, 19 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen