Jerman sekat 18 warga Saudi berhubung pembunuhan Khashoggi


Kesatuan Eropah digesa mengambil sikap terhadap Arab Saudi ekoran pembunuhan wartawan di konsulat negara monarki itu di Istanbul. – Gambar EPA, 19 November, 2018.

JERMAN akan menyekat 18 warga Saudi dari memasuki wilayahnya dan zon bebas pasport Schengen, Eropah.

Sekatan itu ekoran hubungan individu-individu tersebut dengan pembunuhan Jamal Khashoggi, kata Menteri Luar Negeri Heiko Maas.

Maas berkata langkah itu “diselaraskan dengan teliti” oleh negeri-negeri Perancis dan Britain di samping Kesatuan Eropah (EU) secara lebih luas kerana mereka mencari maklumat lebih lanjut mengenai kematian Khashoggi bulan lalu di konsulat Saudi di Istanbul.

Berlin telah “memutuskan bahawa Jerman harus mengenakan sekatan masuk 18 warga Saudi, yang dianggap terlibat dengan dengan kes itu, dalam sistem informasi Schengen,” kata Maas kepada wartawan.

“Kami meneliti secara yang rapat mengenai isu ini dalam Kesatuan Eropah,” katanya ketika di selepas mesyuarat menteri-menteri EU di Brussels.

“Sepanjang hujung minggu tersebut, kami menjangkakan langkah selanjutnya akan diambil bagi menjelaskan keadaan ini. Kami akan mengikuti perkara ini dengan lebih dekat dan memikirkan langkah seterusnya bagi pihak kami.”

Zon Schengen terdiri daripada 22 negara EU dan empat negara bukan EU. Anggota EU, Britain bukan sebahagian daripada zon Schengen bebas pasport, tetapi berkongsi perisikan melalui Sistem Maklumat Shengen (SIS) bagi tujuan penguatkuasaan undang-undang.

Jerman bulan lalu menyeru negara-negara EU untuk mengikuti sikap mereka dengan menggantung penjualan senjata kepada Arab Saudi ketika ini, yang mendorong tindak balas membingungkan dari Presiden Perancis Emmanuel Macron. – AFP, 19 November, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen