GPS lulus untuk jadi parti politik


Chan Kok Leong

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin menjawab soalan di Parlimen mengenai status Gabungan Parti-parti Sarawak (GPS). – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 November, 2018.

Permohonan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menjadi parti politik telah diluluskan, kata Muhyiddin Yassin hari ini.

“Ia diluluskan dan surat dari Pendaftar Pertubuhan akan keluar dalam beberapa hari,” kata Menteri Dalam Negeri itu kepada Alexander Nanta Linggi (Kapit-PBB) di Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung PBB itu meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan status permohonan GPS sebagai parti politik yang dihantar tiga bulan lalu.

GPS dibentuk pada 12 Jun apabila PBB, SUPP, PRS dan PDP keluar dari Barisan Nasional untuk membentuk gabungan di Sarawak.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau akan meminta Jabatan Imigresen untuk membuat kajian berkenaan pasport khas bagi rakyat Malaysia luar bandar yang mahu melakukan umrah di Mekah.

“Ramai penduduk kampung hanya pergi ke luar negara sekali seumur hidup mereka bagi mengerjakan umrah ia akan menjadi baik sekiranya kerajaan boleh menimbang untuk mengeluarkan satu pasport khas untuk mereka supaya mereka dapat menjimatkan wang,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PAS).

Tuan Ibrahim membuat cadangan itu semasa ucapan penggulungan Menteri bagi Belanjawan 2019.

“Ini adalah cadangan yang baik dan kami akan rujuk Jabatan Imigresen untuk kaji dan lihat bagaimana ia boleh dilakukan,” kata Muhyiddin. – 19 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen