Pemberontak Yaman seru hentikan operasi ketenteraan


PBB menjadi pihak yang berusaha menjalinkan rundingan damai di antara Yaman dan Arab Saudi. – Gambar EPA, 19 November, 2018

SEORANG pegawai pemberontak Yaman mendesak kepimpinannya hari ini untuk membekukan operasi ketenteraan dan menghentikan tembakan peluru berpandu ke Arab Saudi.

Desakan itu dibuat ketika Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyiapkan rundingan damai antara kedua-dua negara.

Mohammed Ali al-Huthi, ketua Jawatankuasa Revolusi Tinggi pemberontak Huthi dan tokoh politik yang berpengaruh, menulis bahawa beliau juga mahu kumpulannya mengumumkan “kesediaan untuk menggantung senjata dan menghentikan semua operasi ketenteraan”.

Beliau menyeru kepada semua pegawai (Huthi) Yaman untuk mengeluarkan arahan bagi mengakhiri pelancaran peluru berpandu dan dron terhadap negara-negara penceroboh… bagi menghalang memiliki sebab meneruskan pencerobohan dan pengepungan mereka. “

Pemberontak harus bersedia “membekukan dan menghentikan semua operasi ketenteraan di semua lapangan” untuk mencapai “keamanan yang adil dan terhormat,” tambahnya.

Ulasannya itu tampil ketika utusan khas PBB, Martin Griffiths dijangka melawat ibukota Yaman di Sanaa minggu ini untuk menyelesaikan perundingan damai di Sweden.

Pemberontak Huthi menguasai bandar Sanaa sejak berjaya menduduki bandar itu pada akhir tahun 2014.

Mereka telah melancarkan beratus-ratus peluru berpandu balistik ke negara jiran Arab Saudi, yang sejak tahun 2015  mengetuai sebuah gabungan tentera serantau yang bertujuan untuk memulihkan kuasa Presiden Abedrabbo Mansour Hadi. – AFP, 19 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen