ANGKA kematian kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah California meningkat kepada 77 orang pada Ahad, kata pejabat sheriff.
“Satu lagi mayat ditemui hari ini,” menurut kenyataan dari Butte County Sheriff.
“Daripada 77 mangsa, 67 individu telah dikenal pasti.”
Lebih daripada 10,000 rumah musnah dijilat api yang membakar kawasan hampir sebesar Chicago.
Beribu orang lari menyelamatkan diri dan ramai didapati berlindung buat sementara waktu di gereja atau di dalam khemah.
Menurut Jabatan Perkhimatan Cuaca Negara AS, tahap kelembapan yang rendah serta angin kencang akan terus merentasi beberapa kawasan di California sehingga Isnin. – AFP, 19 November, 2018.
Komen