Syeikh berpengaruh letak jawatan IOC selepas tuduhan pemalsuan


Al-Sabah menafikan pertuduhan pemalsuan yang dijatuhkan ke atas beliau di Switzerland. – Gambar AFP, 19 November, 2018.

BROKER sukan dunia, Sheikh Ahmad al-Fahad al-Sabah berkata beliau meletak jawatan “secara sementara” daripada tugas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsanya hari ini selepas dituduh melakukan pemalsuan di Switzerland.

Seorang warga Kuwait, dan tokoh paling berpengaruh dalam sukan antarabangsa, berkata beliau “dengan tegas menafikan sebarang kesalahan”, di samping menyifatkan tuduhan itu “dimulakan oleh kumpulan-kumpulan politik di Kuwait”.

Sheikh Ahmad berkata beliau akan menghentikan kerjanya dengan IOC sehingga beliau selesai disiasat suruhanjaya etika badan itu.

“Sheikh Ahmad hari ini memutuskan untuk mengetepikan sementara peranan dan tanggungjawabnya sebagai ahli IOC dan pengerusi Suruhanjaya Perpaduan Olimpik, mengikut keputusan pendengaran pertuduhan oleh Suruhanjaya Etika IOC,” kata kenyataan dari pejabatnya. – AFP, 19 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen