Gempa 6.7 landa Fiji


Fiji terletak di atas Lingkaran Api, zon aktivit plat tektonik sekitar Pasifik yang sering berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi. – Gambar AFP, 19 November, 2018.

Gempa bumi 6.7 skala Ritcher melanda pesisir pantai Fiji hari ini, kata Jabatan Geologikal AS, tetapi ia terlalu dalam untuk menyebabkan kemusnahan.

Ia berpusat dengan kedalaman 534 kilometer dan 283 kilometer dari timur bandar Suva, di mana penduduk mengatakan mereka tidak merasakan gegaran.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata tidak wujud ancaman tsunami kerana gegaran tersebut yang berlaku pada jam 9.25 pagi.

Gempa dasar laut sering berlaku di kawasan itu dan gempa berukuran 7.8 pernah berlaku dua bulan lalu.

Fiji terletak di atas “Lingkaran Api”, zon aktivit plat tektonik sekitar Pasifik yang sering berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi. – AFP, 19 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen