Aktivis transgender Ukraine diserang semasa perarakan LGBT


DUA aktivis LGBT diserang dengan semburan lada di ibu negara Ukraine di Kiev pada hari Ahad semasa perarakan demonstrasi hak transgender diganggu puluhan penunjuk perasaan berhaluan kanan.

Sekitar 30 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut, mereka memegang bendera pelangi dan sepanduk dengan paparan slogan termasuk “Fobia terhadap golongan Transgender mesti dihentikan” dan “Jika anda berdiam diri, mereka akan sasarkan anda pula”.

Bagaimanapun para penunjuk perasaan berhaluan kanan telah menyalakan bom asap dan membalingnya ke arah orang ramai, kata seorang wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Kedua-dua wanita yang diserang dengan semburan lada itu diberikan pertolongan cemas di tempat kejadian, kata wartawan itu lagi.

Polis mengiringi aktivis-aktivis itu itu ke stesen keretapi bawah tanah dan menyekat pintu masuk kepada penunjuk perasaan bagi mengelakkan pertembungan lagi.

“Peristiwa hari ini membuktikan bahawa tahap radikal golongan berhaluan kanan dan keganasan yang semakin meningkat di Ukraine,” kata penganjur demonstrasi dalam satu hantaran Facebook.

Wartawan Kanada Michael Colborne mencatatkan pada Twitter bahawa beliau ditumbuk di bahagian muka oleh kelompok radikal berhaluan kanan ketika melaporkan demonstrasi tersebut.

Homofobia masih wujud di Ukraine pasca- Soviet walaupun pihak berkuasa Kiev telah membenarkan perkahwinan sesama jantina, berbeza dengan negara jirannya, Rusia. – AFP, 18 November, 2018. – AFP, 18 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen