PARTI Bersatu Sabah (PBS) mempunyai peralihan kepimpinan yang lancar dengan presiden dan pengasas parti, Joseph Pairin Kitingan menyerahkan kepimpinan kepada orang nombor dua parti itu, Maximus Ongkili.
Pairin kini akan berkhidmat sebagai penasihat presiden. PBS ditubuhkan pada tahun 1985 dan merupakan parti politik tertua di Sabah.
Ongkili menggantikan Pairin selepas ahli politik veteran berusia 74 tahun itu berulang kali membayangkan persaraan beliau pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Sebaliknya Radin Malleh akan mengisi jawatan yang ditinggalkan Ongkili sebagai timbalan presiden.
Senator Jamilah Sulaiman dan Yee Moh Chai mengekalkan jawatan masing-masing sebagai timbalan presiden untuk kuota Bumiputera Muslim dan Cina.
Jamilah kalah dalam pemilihan sementara Dr Yee menang dalam pertandingan dengan Edward Yong Oui Fah.
Yee mendapat sebanyak 387 undi berbanding 151 undi yang diterima Yong.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kundasang Dr Joachim Gunsalam pula diumum sebagai naib presiden dalam pertandingan empat penjuru, bersama-sama Almudin Kaida dan Peter Mak bagi kuota Muslim Bumiputera dan kuota Cina.
Adun Tandek Anita Baranting mengekalkan kedudukan Ketua Wanitanya sementara Christopher Mandut memenangi jawatan Ketua Pemuda parti itu. – 18 November, 2018.
Komen