Tiga maut ketika upacara agama di Punjab, India


Nirankari dianggap satu mazhab yang tidak sebulu dengan fahaman keagamaan yang mendominasi Punjab, India. – Gambar AFP, 18 November, 2018.

SATU letupan pada majlis keagamaan di Punjab, India pada hari Ahad meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa dan sepuluh lagi cedera, kata polis.

Media melaporkan dua lelaki bersenjata menaiki motosikal cuba memasuki ke sebuah bangunan di mana kumpulan kerohanian Nirankari mengadakan upacara.

Mereka mengugut seorang wanita menggunakan pistol di pintu gerbang sebelum membaling bom tangan ke arah orang ramai, kata akhbar Tribune.

Polis tidak segera mengesahkan laporan media mengenai serangan itu di daerah Amritsar, yang tiba ketika pesta utama Sikh itu diadakan pada hari Jumaat.

“Tiga orang terbunuh dan 10 orang cedera, kami cuba mengumpulkan lebih banyak maklumat,” kata pegawai kanan polis Surinder Pal Singh Parmar kepada wartawan.

Pengikut Nirankari bertentangan dengan banyak orang Sikh yang mendominasi Punjab dan menganggap kumpulan itu sebagai sesat.

Punjab, dibahagikan kepada wilayah India dan Pakistan apabila berpisah selepas kemerdekaan pada tahun 1947. Daerah itu menyaksikan beberapa sejarah keganasan antara fahaman mazhab. – AFP, 18 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen