FILEM epik seni bela diri “Shadow” arahan pengarah terkenal China, Zhang Yimou, menerima anugerah paling banyak di acara anugerah Taiwan Golden Horse pada hari Sabtu, yang selalu diterjemah sebagai “Oscar” China.
Zhang, pembikin filem yang terkenal dengan klasik “Red Sorghum” dan “Raise the Lantern Red”, memenangi pengarah terbaik bagi filem yang diilhamkan daripada sebuah catan dakwat tradisional. Filem itu juga turut memenangi tiga anugerah teknikal.
“Saya telah membikin filem selama 40 tahun dan ini adalah pencalonan pertama Golden Horse (bagi pengarah terbaik) buat saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juri kerana memberikan saya anugerah,” kata Zhang pada majlis itu di Dewan Sun Yat-sen Memorial di Taipei.
“Shadow” berjaya menggondol 12 pencalonan termasuk filem terbaik tetapi kehilangan hadiah yang direbut ramai itu digondol oleh filem “An Elephant Sitting Still” yang diarahkan oleh Hu Bo, yang meninggal dunia tahun lalu ketika usianya 29 tahun di Beijing.
Hu juga memenangi skrip adaptasi terbaik untuk filem pertama dan terakhirnya itu - sebuah filem panjang yang memakan hampir empat jam menceritakan mengenai empat watak kecil yang bergelut berdasarkan novelnya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada juri dan penonton ,” kata ibunya kepada hadirin selepas menerima trofi filem terbaik mewakili mendiang.
Pembikin filem berusia 29 tahun China Bi Gan kalah kepada Zhang dalam kategori pengarah terbaik bagi drama 3D “Long Day’s Journey Into Night”, yang berjaya memenangi anugerah sinematografi terbaik, kesan bunyi terbaik dan skor filem asal terbaik. – AFP, 18 November, 2018.
Komen