Populariti Macron jatuh 25%


Hasil tinjauan oleh kumpulan penyelidik Ifop menunjukkan populariti Presiden Perancis Emmanuel Macron jatuh sebanyak empat mata pada November, dengan hanya 4% responden berkata mereka "sangat berpuas hati", manakala 39% "sangat tidak berpuas hati". – Gambar AFP, 18 November, 2018.

POPULARITI Presiden Perancis Emmanuel Macron jatuh pada 25 peratus, menurut tinjauan utama yang diterbitkan hari ini.

Tinjauan yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik Ifop itu diterbitkan dalam Journal du Dimanche sehari selepas bantahan “yellow vest” di seluruh negara terhadap kenaikan harga bahan api. Penganalisis berkata bantahan itu sebagai tanda kekecewaan terhadap presiden berusia 40 tahun itu.

Hasil tinjauan tersebut menunjukkan populariti Macron jatuh sebanyak empat mata pada November, dengan hanya 4% responden berkata mereka “sangat berpuas hati” dengan prestasi Macron, manakala 21%  “berpuas hati”.

Tinjauan yang dijalankan pada 9 hingga 17 November ke atas 1,957 responden itu juga menunjukkan 34% “tidak berpuas hati” dan 39% “sangat tidak berpuas hati”.

Hampir 283,000 terlibat dalam tunjuk perasaan hari ini untuk melahirkan kemarahan mereka terhadap Macron.

Gerakan “yellow vest” mendapat lebih banyak sokongan daripada orang ramai berbanding gerakan lain terhadap Macron sejak beliau jadi presiden tahun lepas. – AFP, 18 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen