Perenang mati disyaki disengat ikan pari di pantai Australia


Ikan pari yang sering ditemui di perairan tropika, amat jarang menyerang manusia. Bagaimanapun, duri yang berada di bahagian ekor ikan pari mempunyai racun yang digunakan sebagai pertahanan apabila diancam. – Gambar EPA, 18 November, 2018.

SEORANG perenang mati selepas perutnya disyaki disengat ikan pari di pantai Australia.

Kematian mangsa berusia 42 tahun itu, sedekad selepas pengacara “Crocodile Hunter”, Steve Irwin mati selepas dadanya disengat duri seekor ikan pari ketika sedang membuat pengambaran di Great Barrier Reef.

“Lelaki itu sedang berenang di Pantai Lauderdale kira-kira 23 kilometer dari Hobart di selatan pulau Tasmania pada Sabtu ketika bahagian bawah perutnya dicucuk, mungkin disengat haiwan dalam air,” kata polis.

Tambah polis, rakan-rakan kemudian membawanya naik ke pantai tetapi mangsa mengalami serangan jantung dan terus tidak sedarkan diri.

“Ia konsisten dengan serangan ikan pari, tetapi siasatan lanjut dan pemeriksaan ke atas si mati mungin dapat memberi memberi fakta yang lebih kukuh,” kata polis.

Menurut penduduk tempatan, lelaki itu kerap berenang di Pantai Lauderdale.

Ikan pari yang sering ditemui di perairan tropika, amat jarang menyerang manusia.

Bagaimanapun, duri yang berada di bahagian ekor ikan pari mempunyai racun yang digunakan sebagai pertahanan apabila diancam. – AFP, 18 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen