TENTERA Syria merampas kembali kubu terakhir militan Daesh di selatan negara ini selepas beberapa bulan bertempur, lapor sebuah kumpulan pemantau hak asasi manusia.
Tentera rejim menguasai semula Tulul al-Safa yang terletak antara wilayah Damsyik dan Sweida selepas militan Daesh berundur dari kawasan itu.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata militan Daesh kini berundur ke kawasan timur iaitu gurun Badia.
Tentera kerajaan memerangi kumpulan pelampau itu di kawasan tersebut sejak serangan berdarah ke atas penduduk minoriti Druze di wilayah Sweida.
Dalam beberapa minggu lalu, serangan udara di Tulul al-Safa ditingkatkan dan beratus askar kerajaan dikerah untuk merampas kembali kawasan tersebut.
Agensi berita SANA melaporkan tentera kerajaan mencapai kejayaan besar di Tulul al-Safa dan mereka sedang memastikan kawasan itu bebas daripada ancaman Daesh.
Dalam serangan 25 Julai lalu, militan Daesh membunuh lebih 250 orang, kebanyakkannya orang awam dalam siri serangan bunuh diri, tembakan rambang dan serangan pisau di seluruh wilayah Sweida.
Kumpulan militan itu juga menculik kira-kira n30 orang, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak. – AFP, 17 November, 2018.
Komen