IRAQ dan Iraq bersejutu mewujudkan zon perdagangan bebas di sepanjang kawasan sempadan kedua-dua negara selepas kedua-dua pemimpin negara itu mengadakan pertemuan di Teheran hari ini.
Presiden baharu Iraq Barham Saleh mengumumkan persetujuan Baghdad tentang zon perdagangan bebas itu dan mengisytiharkan hubungan kedua-dua negara telah pulih secara prinsipnya.
“Kita ambil berat tentang hubungan Iraq dengan Iran,” kata Saleh seperti dilaporkan Al Jazeera.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan maklumat terperinci tentang zon perdagangan bebas itu.
Terdahulu, Saleh mengadakan lawatan rasmi pertamannya ke Iran dengan harapan membawa perkembangan baharu di rantau itu.
Saleh bertemu rakan sejawatnya, Hassan Rouhani untuk berbincang mengenai perdagangan, hubungan pengangkutan dan usaha menangani masalah pencemaran yang berlaku di sempadan kedua-dua negara.
“Sudah tiba masanya era baharu memasuki rantau ini yang akan memenuhi kepentingan semua negara yang terlibat,” kata Salih pada sidang media.
“Kita percaya Iran akan memainkan peranan penting dalam usaha ini,” katanya.
Sementara itu, Rouhani berkata dua negara itu meletakkan sasaran untuk meningkatkan perdagangan daripada AS$12 bilion kepada AS$20 bilion.
“Kestabilan dan keselamatan di seluruh rantau ini akan memberi manfaat kepada semua pihak. Kita tidak perlu campur tangan asing di rantau ini,” kata Rouhani. – AFP, 17 November, 2018.
Komen