AMERIKA Syarikat (AS) akan menyertai perancangan Australia untuk membina pangkalan tentera laut di Papua New Guinea (PNG), projek yang dilihat sebagai langkah mengekang pengaruh China di Pasifik.
Australia yang merupakan sekutu rapat ketenteraan dengan AS, telah mengumumka pelan untuk membangunkan semula Pangkalan Tentera Laut Lombrum di PNG di Pulau Manus.
Hasrat China untuk membina kemudahan tentera di Blackrock, Fiji, Manus atau Vanuatu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pegawai tentera AS dan Australia bahawa tindakan Beijing akan mengukuhkan kekuatan tentera di Pasifik Selatan.
Kini AS dan Australia tampil dengan perancangan tersendiri apabila Timbalan Presiden AS Mike Pence yang mengadakan lawatan di PNG sempena persidangan serantau APEC, mengatakan hasrat Washington untuk menyertai Canberra dalam projek tersebut.
“AS akan bekerjasama dengan PNG dan Australia berhubung insiatif bersama di Pangkalan Tentera Laut Lombrum,” katanya.
“Kita akan berkerjasama dengan dua negara ini bagi melindungi kedaulatan dan hak maritim kepulauan Pasifik.”
China menghulurkan pinjaman berbilion dolar untuk tujuan pembangunan kepada negara-negara di Pasifik, rantau yang amat penting dalam laluan perdagangan antarabangsa.
Pence berkata pangkalan tentera laut itu akan menunjukkan komitmen AS untuk membuka dan membebaskan Indo-Pasifik.
“Komitmen kami adalah berdiri teguh dengan semua negara di rantau ini yang sedia bekerjsama dengan kami untuk mengukuhkan isu keselamatan.” – AFP, 17 November, 2018.
Komen