Di AS, calon Demokrat menang dengan majoriti 1 undi


Jim Glenn daripada Demokrat dijangka menang kerusi dalam dewan perundangan negeri dengan majoriti satu undi dalam kiraan akhir diumumkan Khamis lalu, menewaskan penyandang DJ Johnson daripada Republikan. – Gambar AFP, 17 November, 2018.

IA adalah mantra yang selalu diulang dalam pilihan raya pertengahan penggal AS yang hangat berlangsung: “Setiap undi dikira.”

Dan ia jadi kenyataan dalam pertempuran sengit pada 6 November lalu, tetapi ia jadi hakikat di Kentucky.

Jim Glenn daripada Demokrat dijangka menang kerusi dalam dewan perundangan negeri dengan majoriti satu undi dalam kiraan akhir diumumkan Khamis lalu, menewaskan penyandang DJ Johnson daripada Republikan.

Sejumlah 12,637 undi dibuang di daerah itu, yang terletak antara Sungai Ohio bersempadan dengan utara Midwestern.

Jumlah undi kemudiannya dikira sebanyak dua kali dalam kawasan pengundian dan keputusan akhirnya kekal sama: 6,318 undi untuk Johnson dan 6,319 undi untuk Glenn.

“Saya sangat gembira rakyat berpeluang melihat setiap undi dikira,” kata Glenn kepada stesyen TV, WEHT.

Johnson sedang mempertimbangkan sama ada untuk membuat permohonan pengiraan semula undi sepenuhnya berbanding hanya lokasi tertentu yang sudah disempurnakan.

“Pada tahap ini, kita masih dalam proses, langkah demi langkah,” katanya kepada WEHT.

Sekiranya kiraan akhir itu dimuktamadkan, daerah Kentucky akan menjadi salah sebuah daripada 300 daerah di AS yang mana Demokrat menang dalam pertempuran sengit.

Pilihan raya Senat AS di Florida sehingga Jumaat masih belum menerima keputusan kerana pengiraan undi masih berjalan.

Sementara itu di Georgia, calon Demokrat untuk Gabenor Stacey Abrams berkata beliau tidak akan menang di negeri itu dan mengecam pesaingnya calon Republikan Brian Kemp menekan pengundi. – AFP, 17 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen