Erdogan, Trump bersetuju dedah semua aspek kes Khashoggi


Orang ramai memasang lilin di depan poster wartawan Jamal Khashoggi yang mati dibunuh, di konsulat Arab Saudi di Turki. – Gambar AFP, 17 November, 2018.

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat bersetuju sebarang usaha melindungi kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi perlu dielakkan, kata sumber presiden Turki selepas panggilan telefon antara kedua pemimpin tersebut.

Media Turki mendakwa Ankara mempunyai lebih banyak bukti, termasuk pita audio kedua yang berlawanan versi pembunuhan Khashoggi oleh Arab Saudi.

Erdogan dan Trump bersetuju untuk mendedahkan segala aspek pembunuhan Khashoggi dan sebarang usaha melindungi insiden itu tidak dibenarkan, kata sumber presiden itu.

Panggilan telefon itu berlaku sehari selepas pendakwa raya Arab Saudi mengumumkan dakwaan arahan dan melakukan pembunuhan terhadap lima individu serta berkata mereka akan mengesyorkan hukuman mati. Amerika Syarikat menguatkuasa sekatan terhadap 17 suspek kes berkenaan.

Para pendakwa juga melepaskan Putera Mahkota Mohammed bin Salman daripada tuduhan mengarahkan pembunuhan itu. – AFP, 17 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen