AKTA Rahsia Rasmi (OSA) hanya boleh dimansuhkan apabila berlaku pertukaran kerajaan dan Akta Kebebasan Maklumat perlu dilaksanakan,
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang merupakan ahli panel dalam satu forum yang diadakan malam tadi berkata, ia merupakan “komitmennya” untuk menggerakkan pemansuhan OSA dan beliau akan berjuang untuk meletakkannya dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Saya rasa pada pilihan raya umum akan datang adalah masanya untuk PH memperjuangkan kebebasan maklumat, PH akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa pusat (untuk mansuhkan OSA) dan ia menjadi komitmen saya.
“Sepatutnya ada agenda perubahan undang-undang, DAP akan bangkitkan perkara ini pada mesyuarat jawatankuasa PH untuk menjadikannya manifesto PH.
“Hanya satu cara betul mengubah kerajaan, tidak mungkin kerajaan sedia ada akan buat perubahan, ia mesti dijadikan manifesto PH untuk mansuhkan OSA dan gantikan dengan Akta Kebebasan Maklumat,” katanya yang merupakan ahli panel forum bertajuk “OSA: Time to Renew or Repeal?”
Peguam Syahredzan Johan yang juga merupakan ahli panel berkata, walaupun OSA dimansuhkan, batasan maklumat awam tertentu masih boleh ditakrifkan dengan jelas dan tidak bermakna semua maklumat perlu didedahkan kepada awam.
“Namun jika dilihat pada kebebasan maklumat secara global, masih terdapat had maklumat yang mana ia tidak boleh diakses dengan mudah oleh masyarakat awam.
“Apa yang penting ialah ia mesti ditakrifkan dengan jelas, mesti ada cara untuk orang lain mencabar klasifikasi (pada dokumen yang dikatakan rahsia) di mahkamah,” katanya.
Tambahnya, Enakmen Kebebasan Maklumat yang dipraktikkan di Selangor dan Pulau Pinang walaupun sebagai langkah pertama ke arah kebebasan maklumat, ia masih boleh ditolak OSA. Itu sebabnya lebih mudah untuk mansuhkan OSA daripada memperbaharuinya.
Ketua Pengarang The Malaysian Insight (TMI), Jahabar Sadiq yang juga ahli panel pada forum tersebut berkata OSA membunuh kewartawanan penyiasatan dengan menjadikan ia sebagai “penghadang” kepada wartawan di Malaysia.
“Tugas kami sebagai wartawan adalah untuk mengesahkan,
“Rakyat Malaysia perlu dimaklumkan, hanya selepas mereka maklum, mereka boleh membuat keputusan bermaklumat kepada negara,” katanya.

Sementara itu bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor yang juga ahli panel berkata, rakyat Malaysia terutamanya yang tidak melihat “kerajaan mempergunakan OSA sebagai alat” untuk menyembunyikan penyelewengan.
“Sudah tentu saya cuba (ketika dlaam kerajaan sebelum ini) untuk membawa agenda perubahan atau pemansuhan ISA dan OSA, tapi sebagaimana yang saya beritahu, mereka (kerajaan) tidak membenarkan perkara ini dibincangkan, kerana hampir semua mereka akan terjejas.
Sementara itu, menyentuh mengenai PAS yang membangkitkan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung insiden Memali, Syahredzan menyelar PAS dan berkata mereka sepatutnya lebih enumpukan untuk menukar kerajaan.
“Sekiranya kerajaan baru dibentuk sebagaimana yang dikatakan PAS, kita akan memiliki peguam negara yang bebas, kita boleh buka semula kes Memali tiada masalah.
“Tetapi masalah PAS ialah mereka tidak mahu katakan mereka mahu mengubah kerajaan tetapi mereka mahukan RCI, mereka perlu ubah kerajaan dan jadikan negara ini negara bebas dan kehakiman yang bebas,” katanya.
Forum berkenaan berakhir dengan persetujuan mengatakan OSA sangat merosakkan dan berbahaya kerana ia menutup suara rakyat dan media dan ia memberi kesan kepada umum secara langsung dan penyelesaiannya ialah OSA perlu dimansuhkan dengan pelaksanaan Akta Kebebasan Maklumat. – 17 Ogos, 2017.
Komen